Monday, November 23, 2009

:: KoSMo ! 23 NoVeMBeR ::

Dapatkan KosMo hari IsNin ( 23/11/2009) bagi melihat koleksi-koleksi terkini busana dan tudung keluaran gedung al-habshee.. AntaRanYa ialah T-ShiRt yang digayakan oLeh Fiqa di m/s 25 KosMo..



Disamping itu juga, terdapat maxi yang sesuai di gayakan dengan tudung bagi wanita muslimah yang menjaga penampilan..



Selain itu juga, kami turut menawarkan pelbagai rona gaun-gaun yang menarik seperti yang digayakan oleh Haliza KasiM..


Thursday, November 19, 2009

.: TeRKiNi DaRi BuTiK aL-HaBsHee :.

AnTaRa KoLeKsi Hand Bag Yang Terdapat di Gedung Al-Habshee

♥ PeRsEdiaaN MaJLiS PeRniKaHaN Syed MoHaMaD Khair~PeMbaCa BeRiTa TV9 ♥

~ Gedung Al-Habshee menata gaya untuk Majlis Akad Nikah Pembaca Berita TV9 ~

Ahlan Wa Sahlan.....

Gedung Al-Habshee pada tanggal 28 november 2009 ini bakal menata gaya untuk majlis akad nikah pembaca berita TV9.. Syed Mohamad Khair Syed Hussien Al Juffri dengan pasangan tercinta Maha Mohammad Ahmad Al Darwish..

Pasangan yang mempunyai hubungan talian persaudaraan ini bakal dinikahkan di rumah Habib (datuk) pengantin perempuan yang terletak di Bandar Maharani Muar, Johor.

Gedung Al-Habshee dipilih untuk menyiapkan sepasang pakaian yang berkonsepkan pakaian tradisi masyarakat Arab Hadhramaut, Yaman bagi menyerikan majlis itu nanti.. Pakaian tersebut hasil ilham Maha sendiri dengan mendapat sentuhan terakhir pereka tersohor Ismail Hassan..Manakala solekan pula akan dirata rias oleh jurusolek selebriti Vee Xandra...

Selain itu, Gedung Al-Habshee juga diberikan kepercayaan untuk mengilhamkan sebuah pelamin berkonsep moden mengikut citarasa pengantin perempuan..

Gambar majlis ini akan dimasukkan ke dalam facebook untuk tatapan semua selepas majlis berlangsung.. Anda juga boleh menatap lebih banyak gambar pasangan ini di dalam majalah URTV dan Wanita terbitan Kumpulan Utusan...

Tuesday, November 3, 2009

:: GeDuNG aL-HaBsHee TaWaN KeLaNTaN::

Gedung al-habshee baru sahaja selesai mengadakan fesyen show di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu. Fesyen show ini adalah anjuran Persatuan Muslimah Perbadanan Menteri Besar Kelantan ( Cempaka ). Ia melibatkan beberapa model ternama seperti Aleeza Kasim, Azie, Zahnita Wilson. Ianya memperlihatkan pelbagai koleksi terkini dari Gedung Al-Habshee seperti baju kurung, blouse dan jubah.

Gedung Al-Habshee juga merasa bangga kerana menjadi butik dan label pertama yang mengadakan pertunjukkan fesyen di negeri serambi mekah itu. Pertunjukkan fesyen yang buat julung kalinya diadakan di sana turut mendapat restu dari YAB Tok Guru Datuk Nik Aziz Bin Nik Mat. Difahamkan juga banner serta banting untuk Gedung Al-Habshee juga telah digantung di sekitar Kota Bharu.

Gedung Al-Habshee mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Muslimah Perbadanan Menteri Besar ( Cempaka ) Kota Bharu, Kelantan serta mereka yang terlibat menjayakan pertunjukkan ini terutama kepada Tok Guru , isteri Menteri Besar Kelantan Datin Puan Sabariah, ketua pegawai eksekutif kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan Ir. Abdul Ariff Fahmi dan isteri, Presiden Cempaka Nik Aida Ahmed, Timbalan Presiden 2 Cempaka, Noorinayati Bt Daud..