Thursday, December 24, 2009

♥ PerTuNjuKaN FeSyeN BeRsaMa PNS ♥

..Baru-baru ini (19 DEC 2009 ), gedung al-habshee bertanggungjawab menata pertunjukan fesyen yang dianjurkan oleh Dina Collection yang merupakan syarikat di bawah sistem francais Perbadanan Nasional Berhad (PNS) kerajaan Negeri Sembilan. Majlis yang berlangsung di Allsan Resort, Seremban itu menyaksikan 6 orang model di bawah pimpinan pelakon dan selebriti terkenal Aleeza Kassim (Aleeza Kassim Studio) mengayakan pelbagai jenis himpunan pakaian Dina Collection termasuk baju pengantin, kasual dan busana muslimah..

..dalam event ini, team gedung al-habshee dipertanggungjawabkan sebagai event coordinator bagi memastikan semua perjalanan pertunjukan fesyen tersebut berjalan lancar..di samping itu juga, kami turut dipertanggungjawabkan untuk memilih model yang terlibat, muzik serta menata pakaian untuk model..

..Alhamdulilah,majlis tersebut telah berjaya dilancarkan dengan jayanya berkat kerjasama krew gedung al-habshee yang komited dengan tugas masing-masing..

Wednesday, December 23, 2009

:: EvenT MusTiKa RaTu ::


...Pada 30 Nevember yang lepas, telah diadakan Majlis Pelancaran Institusi Pendidikan & Spa bagi produk mustika ratu yang telah dihadiri oleh Pengasas Mustika Ratu - Ibu Mooryati Soedibyo, Puteri Indonesia , dan ramai lagi..Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Syarizat Abdul Jalil..Selain itu, ia turut diserikan dengan kehadiran artis jemputan seperti Rozita Cek Wan, Norish Karman, Ifa Raziah dan Normala Shamsudin dan Linda On (sebagai MC Majlis)...




..gedung al-habshee telah dilantik sebagai "event coordinator" bagi event mustika ratu ini..

.: PeRniKaHaN SyeD MoHaMaD KhaiR :.



Tarikh 28 November 2009 lalu bersamaan 11 Zulhijah 1430, menjadi tarikh bersejarah buat penyampai berita TV9 , Syed Mohamad Khair Syed Hussien, 26 atau mesra dengan panggilan arab..Memilih gadis yang ada pertalian saudara dua pupu dengannya, Arab sah bergelar suami kepada Maha Mohamad Ahmad Al-Darwish , 25 dengan sekali lafaz..Menariknya majlis Arab ini, ijab kabulnya diadakan mengikut tradisi perkahwinan masyarakat Timur Tengah..Untuk mengetahui cerita lanjut mengenai majlis pernikahan mereka boleh membaca Harian Metro Keluaran 11 December 2009..Atau dapatkan majalah URTV keluaran bulan Februari atau Mac..Anda akan melihat hasil sentuhan Gedung Al-Habshee dari solekan pengantin serta pakaian yang digayakan semasa majlis berlangsung..