Thursday, December 24, 2009

♥ PerTuNjuKaN FeSyeN BeRsaMa PNS ♥

..Baru-baru ini (19 DEC 2009 ), gedung al-habshee bertanggungjawab menata pertunjukan fesyen yang dianjurkan oleh Dina Collection yang merupakan syarikat di bawah sistem francais Perbadanan Nasional Berhad (PNS) kerajaan Negeri Sembilan. Majlis yang berlangsung di Allsan Resort, Seremban itu menyaksikan 6 orang model di bawah pimpinan pelakon dan selebriti terkenal Aleeza Kassim (Aleeza Kassim Studio) mengayakan pelbagai jenis himpunan pakaian Dina Collection termasuk baju pengantin, kasual dan busana muslimah..

..dalam event ini, team gedung al-habshee dipertanggungjawabkan sebagai event coordinator bagi memastikan semua perjalanan pertunjukan fesyen tersebut berjalan lancar..di samping itu juga, kami turut dipertanggungjawabkan untuk memilih model yang terlibat, muzik serta menata pakaian untuk model..

..Alhamdulilah,majlis tersebut telah berjaya dilancarkan dengan jayanya berkat kerjasama krew gedung al-habshee yang komited dengan tugas masing-masing..