Tuesday, November 3, 2009

:: GeDuNG aL-HaBsHee TaWaN KeLaNTaN::

Gedung al-habshee baru sahaja selesai mengadakan fesyen show di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu. Fesyen show ini adalah anjuran Persatuan Muslimah Perbadanan Menteri Besar Kelantan ( Cempaka ). Ia melibatkan beberapa model ternama seperti Aleeza Kasim, Azie, Zahnita Wilson. Ianya memperlihatkan pelbagai koleksi terkini dari Gedung Al-Habshee seperti baju kurung, blouse dan jubah.

Gedung Al-Habshee juga merasa bangga kerana menjadi butik dan label pertama yang mengadakan pertunjukkan fesyen di negeri serambi mekah itu. Pertunjukkan fesyen yang buat julung kalinya diadakan di sana turut mendapat restu dari YAB Tok Guru Datuk Nik Aziz Bin Nik Mat. Difahamkan juga banner serta banting untuk Gedung Al-Habshee juga telah digantung di sekitar Kota Bharu.

Gedung Al-Habshee mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Muslimah Perbadanan Menteri Besar ( Cempaka ) Kota Bharu, Kelantan serta mereka yang terlibat menjayakan pertunjukkan ini terutama kepada Tok Guru , isteri Menteri Besar Kelantan Datin Puan Sabariah, ketua pegawai eksekutif kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan Ir. Abdul Ariff Fahmi dan isteri, Presiden Cempaka Nik Aida Ahmed, Timbalan Presiden 2 Cempaka, Noorinayati Bt Daud..