Thursday, November 19, 2009

♥ PeRsEdiaaN MaJLiS PeRniKaHaN Syed MoHaMaD Khair~PeMbaCa BeRiTa TV9 ♥

~ Gedung Al-Habshee menata gaya untuk Majlis Akad Nikah Pembaca Berita TV9 ~

Ahlan Wa Sahlan.....

Gedung Al-Habshee pada tanggal 28 november 2009 ini bakal menata gaya untuk majlis akad nikah pembaca berita TV9.. Syed Mohamad Khair Syed Hussien Al Juffri dengan pasangan tercinta Maha Mohammad Ahmad Al Darwish..

Pasangan yang mempunyai hubungan talian persaudaraan ini bakal dinikahkan di rumah Habib (datuk) pengantin perempuan yang terletak di Bandar Maharani Muar, Johor.

Gedung Al-Habshee dipilih untuk menyiapkan sepasang pakaian yang berkonsepkan pakaian tradisi masyarakat Arab Hadhramaut, Yaman bagi menyerikan majlis itu nanti.. Pakaian tersebut hasil ilham Maha sendiri dengan mendapat sentuhan terakhir pereka tersohor Ismail Hassan..Manakala solekan pula akan dirata rias oleh jurusolek selebriti Vee Xandra...

Selain itu, Gedung Al-Habshee juga diberikan kepercayaan untuk mengilhamkan sebuah pelamin berkonsep moden mengikut citarasa pengantin perempuan..

Gambar majlis ini akan dimasukkan ke dalam facebook untuk tatapan semua selepas majlis berlangsung.. Anda juga boleh menatap lebih banyak gambar pasangan ini di dalam majalah URTV dan Wanita terbitan Kumpulan Utusan...